POLITICS - Column: " from THE fringes "
oleh Amirul HM
Dataran Merdeka-KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Tuesday, 1st September 2015
( Bendera - bendera Malaysia Berkibar Megah )
" NegaraKU, Tanah Tumpahnya DarahKU.
Negara KITA, Tanggungjawab KITA "
Note: Amirul HM writes partially in the Malay language this week to capture the spirit of and in conjunction with the 58th year of Merdeka. Main body of article, was written on Merdeka Day itself.
When I was studying in the UK, I loved Merdeka Day even though it was not a holiday. Reason being, I loved to tell the story to any Brits who would listen of how the so-called high and mighty and often-claimed intellectually superior British Empire allowed the Japanese Army into Malaya and ultimately Singapore via the backdoor just because the guns were facing the wrong way. To add insult to injury, the Japanese Army were mainly riding bicycles! To see more grimace on the Brits' faces I would add 'spices' like headless chickens sending warships like the battleship HMS Prince of Wales and cruiser HMS Repulse...Repulse? seriously? Repulse what?
Of course my Merdeka story to the Brits gets better with every telling and in my naivety I'd used words like stupid and idiots which wasn't very well received but I felt needed to use to drive home the point(s) and for that I am sorry. I am still naive now and that's why I prefer to use words like mentally-challenged and asinine for my Merdeka story. This week though, I feel compelled to write in my mother's tongue as a mark of respect and solidarity with those who had strived for Persekutuan Tanah Melayu or Malaya's "Independence"! Here's a tribute to those who had, is and will be doing to protect Malaya's sovereignity:-
31 Ogos setiap tahun adalah hari untuk semua warga negara Malaysia untuk bukan sahaja menyambut dengan rasa syukur dan gembira tetapi juga adalah hari untuk mengambil kira sejarah nan lepas.

( Peta Lokasi Ketenteraan di Singapura semasa Perang Dunia Kedua )
Walaupun kita boleh rasa terhibur dengan "Keterancatan Akal" kerajaan dan askar Empayar British yang 'membiarkan' sahaja tentera Jepun masuk ikut pintu belakang dengan hanya menggunakan basikal walhal meriam-meriam besar Empayar British menghala ke laut, kita patut menghargai pengorbanan askar Melayu di Pasir Pinji dan Bukit Candu...Askar-askar Melayu yang hebat yang pada hemah saya akan lebih ulung lagi jika tidak dibawah pimpinan " Panglima Terencat Empayar British". Somalia dan pertempuran 'Black Hawk Down' di Mogadishu sudah cukup membuktikan kehebatan Angkatan Tentera kita.
Walaupun kita boleh rasa terhibur dengan Maharaja Lawak dan Akademi Fantasia kita perlu tentukan Si Tanggang atau Si Kitul versi alaf baru tidak menjelma kembali. Watak jelmaan Melayu alaf baru yang lebih teruk perbuatan dan bahasanya boleh kita kenali sebagai si TangTUL. Watak si TangTUL ini tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana ketidakbendungan campuran Anak derhaka dan 'Duri dalam Daging' inilah yang menyebabkan kita dijajah. Empayar Melaka yang tumbang pada 1511 serta percubaan menawan balik Melaka pada tahun 1517 dan 1521 patut dijadikan iktibar.
( Setem 10 sen. Persekutuan Tanah Melayu, salah satu dari 7 Wasiat Raja-raja Melayu. )
Walaupun pimpinan Melayu Islam melaungkan slogan - slogan kemerdekaan kepada rakyat marhaen seperti " Amanah Asas Kemajuan " pada tahun 1984, " Nilai Murni Jayakan Wawasan " di 1994, "Budaya Penentu Kecapaian " tahun 1996 dan " Negara Kita, Tanggungjawab Kita " pilihan peribadi saya semasa kegawatan ekonomi yang dahsyat 17 tahun yang lepas, kita perlu mengimbas sekali-lalu " 7 Wasiat Raja-Raja Melayu" sebelum Merdeka! Merdeka! Merdeka! dilaungkan. Berapa dari 7 wasiat tersebut masih tinggal untuk diserahkan kepada generasi berikutnya?
Adakah Si Kitul atau Si Tanggang atau lebih buruk lagi watak jelmaan Melayu alaf baru si TangTUL sudah memainkan peranan?
Adakah Si Kitul atau Si Tanggang atau lebih buruk lagi watak jelmaan Melayu alaf baru si TangTUL sudah memainkan peranan?
Walaupun kita ada Rukun Negara, apa gunanya jika prinsip " Keluhuran Perlembagaan & Kedaulatan Undang-Undang" tidak diendahkan oleh puak-puak berkepentingan apatah lagi mereka yang diberikan amanah untuk digalas bagi pihak rakyat jelata!?
Akhir kalam dan megambil kira salah satu prinsip Rukun Negara Malaysia - "Kepercayaan kepada Tuhan", walaupun kita sudah Merdeka jika gembar-gembur media perdana boleh dipercayai tetapi hakikatnya kita masih lagi hambaNYA!
MERDEKA - Ya dan Tidak!
Selamat Hari "Kemerdekaan" Ke-58!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
No comments:
Post a Comment
TQ for dropping by The ASEAN 500.
Your Goodself's comments is much appreciated.